Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Jumaat, 27 Jamadil-Awwal 1446
Jumaat, 29 November 2024
Pertandingan Seni Khat Jawi sempena Karnival Jawi 2.0

Pertandingan Seni Khat Jawi sempena Karnival Jawi 2.0

Syarat Pertandingan
  1. Penyertaan
    1. Terbuka kepada semua pelajar dan staf UiTM.
    2. Peserta dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui borang pertandingan disebelah.
    3. Peserta hadir dihari pertandingan pada 3 Oktober 2024 jam 2:00 petang di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
  2. Peralatan
    1. Peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan menulis khat.
    2. Pihak penganjur hanya menyediakan kertas bersaiz A2 berukuran 594mm x 420 mm dan akan diberi semasa pertandingan.
    3. Peserta hanya dibenarkan menggunakan dakwat berwarna hitam sahaja.
  3. Masa yang diperuntukkan : 2 jam sahaja.
  4. Persembahan
    1. Setiap peserta dikehendaki menukarkan ayat yang diberikan kepada tulisan jawi.
    2. Kemudian, setiap peserta dikehendaki menulis ayat yang diberi ke dalam tulisan Jawi dengan gaya seni Khat Tuluth.
  5. Peraturan
    1. Setiap hasil karya yang dipertandingkan hendaklah ditulis mengikut ayat yang telah ditetapkan.
    2. Lampiran ayat akan diedarkan oleh pihak penganjur semasa pertandingan dimulakan.
    3. Bahan rujukan tidak dibenarkan dibawa ke tempat pertandingan.
    4. Peserta dikehendaki menulis menggunakan kaedah penulisan Khat Thuluth sahaja.
      CONTOH KHAT TULUKH

    5. Ragam hias diambil kira sebagai markah tambahan.
    6. Peserta dikehendaki menulis nama di bahagian belakang kertas.
    7. Gaya penyusunan khat adalah bebas dan bersesuaian (tidak menyentuh sensitiviti bangsa dan agama).
  6. Pemarkahan
    1. Penilaian adalah berdasarkan kaedah dan kreativiti para peserta (keseimbangan huruf, susunan huruf, kebersihan penulisan).
    2. Semua perkataan yang ditulis adalah betul dan mengikut ayat ditetapkan.
    3. Ejaan mengikut ejaan jawi DBP.
    4. Penilaian juri dilakukan pada 3 Oktober 2024 jam 4:30 petang.
    5. Pemarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian
      1. Tulisan: 70 markah
      2. Persembahan: 20 markah
      3. Kebersihan:10 markah
    6. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.
    7. Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib Johan dan seterusnya.
    8. Keputusan pengadil adalah muktamad.
    9. Semua karya yang dipertandingkan menjadi hak penganjur.
    10. Nama pemenang akan diumumkan sewaktu Majlis Perasmian Karnival Jawi UiTM 2.0 pada 4 Oktober 2024 jam 10:00 pagi.
  7. Hadiah
    1. Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM400.00
    2. Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM300.00
    3. Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM200.00
    4. 3 pemenang Saguhati Wang tunai bernilai RM100.00
Borang Pertandingan