Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Jumaat, 27 Jamadil-Awwal 1446
Jumaat, 29 November 2024

About - Perpustakaan UiTM Perlis

 

1985 - Naming ceremony of the library by the Chief Minister of Perlis, YAB Dato’ Ali bin Haji Ahmad, witnessed by Dato’ Ja’afar Hassan (seated second from the right). 1974 - ITM Padang Katong, Kangar (Office, Library, and Lecture Room) 2003 - Dato’ Ja’afar Hassan 2 Library (PDJH 2)

5 July 1974

Establishment

The establishment of Tun Abdul Razak Library, UiTM Perlis branch in Padang Katong, Kangar Perlis.

5 July 1974

1985

1985 Renamed as Dato’ Ja’afar Hassan Library (PDJH).

1993

1993 Expansion of the library building, adding 400 seating capacity.

1993

1 November 2016

Moved to a new library building known as Dato’ Ja’afar Hassan 2 (PDJH 2).


En. Nik Abdul Rashid b. Nik Abdul Majid, Pengarah ITM ke-4 (kiri) melawat Dato’ Jaafar Hassan (mantan Menteri Besar Perlis) di kediamannya di Pengkalan Asam, Kangar pada Mei 1985


Latar Belakang dan Pendidikan

  • Dilahirkan pada 16 Mei 1925 di Kampung Jarak, Mukim Bintong, Kangar, Perlis.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bintong.
  •  Selepas tamat persekolahan, beliau menjadi guru pelatih dan bertugas di Sekolah Melayu Kayang sebelum ditawarkan mengikuti pendidikan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Pengajiannya tidak dapat diteruskan akibat peperangan dunia dan ketika itu Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
  • Beliau diberi peluang menjadi Penolong Penghulu di Mukim Kayang dan seterusnya dilantik sebagai Penghulu di Beseri selama 16 tahun.
  • Datuk Jaafar juga mengikuti kursus pentadbiran dan pertanian di Pusat Pertanian Serdang, Selangor pada sesi 1948-1949.

 

Sumbangan dan Kerjaya

  • Pada akhir tahun 1950-an, beliau diberikan tugas sebagai Setiausaha Kebajikan Negeri ber Ibu pejabat di Sekretariat dan merupakan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri (SCS).
  • Di atas semangat untuk memajukan diri dalam bidang akademik, beliau telah mendapat pangkat dua dalam Senior Cambridge setelah berusaha sendiri dan mengikuti kelas bimbingan pada waktu malam bagi mengikuti kelas Bahasa Inggeris.
  • Berkelulusan Ijazah Undang-Undang dari Lincoln’s Inn, London pada tahun 1961. Beliau memegang jawatan Pengadil Litar di Mahkamah Kangar sebelum menceburkan diri dalam bidang guaman dengan menjadi Peguambela dan Peguamcara di Alor Setar dan Kangar sambil bergiat dalam politik di Perlis.
  • Pada tahun 1969, beliau telah memenangi pilihanraya kawasan Sanglang dan telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato’ Sheikh Ahmad Mohd Hashim. Selepas Dato’ Sheikh Ahmad mengundurkan diri, beliau dilantik menjadi Menteri Besar yang kelima.
  • Beliau pulang ke rahmatullah pada 25 September 1987.

Please publish modules in offcanvas position.