Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Jumaat, 27 Jamadil-Awwal 1446
Jumaat, 29 November 2024

Library News

Program Alumni Insights : Dari Kacamata Kehakiman & Pandangan Terhadap Bantuan Guaman

Program Alumni Insights : Dari Kacamata Kehakiman & Pandangan Terhadap Bantuan Guaman

Shah Alam, 9 November 2024 – PTAR Undang-Undang amat berbesar hati menerima tetamu khas terdiri daripada Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, pakar perundangan dan Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim bersempena program "Alumni Insights: Dari Kacamata Kehakiman & Pandangan Terhadap Bantuan Guaman". Program yang dianjurkan oleh Yayasan Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim dan Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam ini berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dengan menampilkan beberapa orang panel hakim dan pakar perundangan yang merupakan alumni UiTM.

Antara panelis yang terlibat ialah:

YA Puan Hayatul Akmal Binti Abdul Aziz (Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur)
YA Dato’ Ahmad Shahrir Bin Mohd Salleh (Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur),
YA Dr. Shahnaz Binti Sulaiman (Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi Shah Alam – Bahagian Kuasa-Kuasa Khas),
YA Puan Jamirhah Binti Ali (Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Shah Alam),
YA Dato’ Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Bin Raja Mohzan (Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur).
Turut hadir, rakan kongsi daripada RDS Partnership iaitu Farah Shuhadah Binti Razali, Nur Amira Binti Ahmad Azhar, dan Steven Perian KC, FCILEx, yang berkongsi pandangan mengenai bantuan guaman serta peluang kerjaya dalam bidang undang-undang.

Lebih istimewa, program ini turut dihadiri oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim (YTSPAI).

Di akhir sesi, para pelajar telah diberikan peluang mendekati panelis pada slot networking session yang berlangsung di PTAR Undang-Undang. Pendedahan menerusi program seperti ini telah dimanfaatkan oleh para pelajar dan pengamal undang-undang muda untuk memperoleh ilmu daripada individu dan alumni terkemuka serta memahami kepentingan bantuan guaman dalam masyarakat. Tahniah kepada penganjur dan semoga kolaborasi seperti ini dapat merai pembudayaan ilmu melalui medium perpustakaan di masa akan datang.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.