Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Jumaat, 27 Jamadil-Awwal 1446
Jumaat, 29 November 2024

Library News

Program Merdekarya UiTM Cawangan Terengganu Bersama Komuniti SK Seberang Dungun, Terengganu

Tarikh : 26 Ogos 2024,Isnin
Masa : 8.00 – 12.30 Tengah hari
Tempat: Sekolah Kebangsaan Seberang Dungun, Terengganu.
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu
Dengan kerjasama: Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Terengganu, Kelab Akademik UiTM Cawangan Terengganu & Pusat Tuisyen Al-Fateh Mumtaz

Objektif program:

  • Mewujudkan semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap individu perpustakaan sebagai penganjur dan komuniti pelajar Sek. Keb. Seberang, Dungun, Terengganu, sempena Bulan Kemerdekaan.
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui penganjuran aktiviti yang dijalankan bersama komuniti setempat.
  • Memenuhi KPI 5 Perpustakaan UiTM: Bilangan Penyertaan Program Budaya llmu di bawah sasaran Kerjasama Komuniti Perpustakaan sempena bulan kemerdekaan.
  • Memenuhi PI075 dan PI078 ‘University Social Responsibility (USR)’ dalam usaha menyantuni komuniti setempat.

Ringkasan:

Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan Ogos 2024, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), telah mengadakan Program Merdekarya UiTMCT Bersama Komuniti Sek. Keb. Seberang Dungun (SEPINTAS), Terengganu. Program ini merupakan program khidmat komuniti yang melibatkan staf Perpustakaan Cendekiawan dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTMCT , Kelab Akademik UiTM Terengganu, Pusat Tuisyen Al- Fateh Mumtaz bersama warga Sekolah Kebangsaan Seberang, Dungun, Terengganu.

SEPINTAS, yang julung kalinya menerima kedatangan delegasi UiTMCT, sangat berbesar hati menerima kunjungan kami pihak penganjur program dengan penglibatan dan komitmen yang menyeluruh daripada semua pelajar dan pihak pengurusan sekolah di sepanjang program dengan penyertaan seramai 450 orang pelajar termasuk guru-guru sekolah.

Pelbagai pengisian yang berlangsung serentak bermula dengan sesi nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang sebelum masing-masing bergerak ke lokasi aktiviti yang ditetapkan. Terdapat enam pengisian program berlangsung yang mensasarkan semua lapisan pelajar dari setiap kelas, termasuk pelajar Pra-Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Perincian pengisian adalah seperti berikut:-

Sesi Menandatangani Sijil Jaringan Kolaboratif Strategik
Melibatkan En. Shahrol Nizam bin Johol, Timbalan Ketua Pustakawan UiTMCT, dan Cikgu Azman bin Abdullah, Guru Besar SK Seberang Dungun.

Pengisian 1: Saya Anak Malaysia
“Saya Anak Malaysia” merupakan aktiviti Pertandingan Mewarna Jiwa Merdeka melibatkan pelajar Pra-Sekolah dan juga pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Seberang Dungun. Bertempat di kelas Pra-Sekolah dan Ruang NILAM dengan penglibatan seramai 49 orang pelajar Pra-Sekolah serta 13 orang pelajar PPKI.

Pengisian 2: Membaca Jambatan Ilmu
Aktiviti ini melibatkan resensi buku yang diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dalam melontarkan pendapat di khalayak, dan memupuk amalan membaca. Setiap pelajar diberikan tugasan untuk meneliti karya dalam bentuk cerita yang terkandung dalam buku cerita yang diberikan.Penglibatan seramai 30 orang pelajar Tahun 3, 4 dan 5 telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah.

Pengisian 3: Ekspresi Merdeka
Pihak perpustakaan bersama Nemo TV Pusat Sumber Sekolah mengadakan temuramah merakamkan ekspresi erti kemerdekaan bagi warga SEPINTAS. Ianya diterbitkan di platform TikTok Perpustakaan UiTMCT dan di Youtube Nemo TV PSS.

Pengisian 4: Warnai Jalur Gemilang
Ianya merupakan pengisian utama bersempena dengan Program Merdekarya Perpustakaan UiTMCT bersama komuniti ini. Diadakan di Dewan Terbuka SK Seberang, seramai 200 orang pelajar dan guru SK Seberang bergiilir-gilir mewarna 8 unit bendera Malaysia ini bermula pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Turut serta menyertai program ini ialah wakil daripada PIBG SK Seberang Dungun, Kelab Akademik UiTM Cawangan Terengganu, serta Pengarah Pusat Tuisyen Al Fateh Mumtaz.

Pengisian 5: Seni Terapi & Jati Diri (Art Theraphy)
Sesi ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTMCT dengan pengisian aktiviti seni terapi dan mengenali diri bertujuan untuk membantu para pelajar mengenali kekuatan diri sendiri, mengurangkan tekanan dan mengelakkan daripada terjadinya masalah kemurungan serta meningkatkan keyakinan diri untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran. Diadakan bertempat di Bilik Digital SK Seberang Dungun bermula 10.00 pagi hingga 11.40 pagi dengan penglibatan seramai 40 orang pelajar.


Pengisian 6: Semarak Jawi & Khat Merdeka
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan dan menyemarakkan lagi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar sekolah bersama para Guru KAFA yang dibawakan khas oleh Pusat Tuisyen Al Fateh Mumtaz. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan seni tulisan khat bertemakan kemerdekaan. Penglibatan seramai 40 orang pelajar diadakan di Bilik Sains selama 2 jam bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Majlis Penutup Program Merdekarya UiTMCT bersama Komuniti SEPINTAS

Gimik majlis penutup ialah dengan menyalakan suar berwarna bertemakan warna Jalur Gemilang.

 
  

Keseluruhan program ini mendapat maklumbalas yang positif daripada pelbagai pihak. Semoga setiap apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.