Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Ahad, 25 Rabi'ul-Awwal 1446
Ahad, 29 September 2024

Latest at PTAR

Pertandingan Iqra’ Corner

Pertandingan Iqra’ Corner

Terma dan Syarat Pertandingan

  1. Pertandingan Iqra’ Corner ini adalah terbuka kepada semua Pusat Tanggungjawab, Kolej Pengajian/ Fakulti/Bahagian dan Kolej Kediaman.
  2. Pendaftaran pertandingan dibuka sehingga 31 Oktober 2023.
  3. Objektif penganjuran Pertandingan Iqra’ Corner adalah bagi memupuk dan meningkatkan budaya membaca dalam kalangan warga UiTM.
  4. Muat naik 5 gambar terbaik di media sosial dan tag laman sosial rasmi Facebook PTAR@libraryuitm
  5. Penilaian Iqra’ Corner akan dilaksanakan oleh juri PTAR yang mengambil kira aspek penilaian seperti koleksi, pengurusan Iqra’ Corner, susun atur dan kekemasan, aktiviti yang dijalankan dan sambutan terhadap Iqra’ Corner yang disediakan
  6. Anugerah Ketua Pustakawan merupakan anugerah khas yang diberikan kepada Pusat Tanggungjawab/ Kolej Pengajian/Fakulti/Bahagian dan Kolej Kediaman yang istiqamah dalam pengurusan Iqra’ Corner sedia ada di tempat masing-masing.
  7. Pemenang akan diumumkan pada majlis Library Open Day yang dijadualkan berlangsung pada November 2023.
  8. Perkhidmatan Iqra’ Corner hendaklah diteruskan selepas pertandingan tamat.

 Sila isi maklumat di pautan sebagai penyertaan untuk Reading Corner https://www.surveymonkey.com/r/PHVMJDC

PANDUAN PENYEDIAAN IQRA’ CORNER

1. Kolej Pengajian/Fakulti/Bahagian dan Kolej Penginapan hendaklah mempunyai ruang khas di lokasi yang strategik untuk Iqra’ Corner
2. Iqra’ Corner hendaklah dilengkapi dengan koleksi bahan bacaan yang sesuai dan menarik minat pembaca
3. Koleksi bahan bacaan yang pelbagai atau khusus yang terdiri daripada buku, akhbar, majalah, dan lain-lain bahan
4. Medium paparan/pameran buku adalah mengikut kreativiti dan ketetapan sendiri sama ada menggunakan rak buku terbuka, kabinet kaca, rak dinding atau lain-lain bahan penyimpanan yang sesuai dan menarik
5. Susunan bahan bacaan adalah bebas, seperti mengikut turutan abjad/nama penulis/warna kulit/ genre buku/penerbit dan lain-lain susunan yang difikirkan sesuai
6. Iqra’ Corner hendaklah mempunyai kemudahan dan peralatan yang difikirkan sesuai seperti meja bacaan/ kerusi/sofa/papan kenyataan dan lain-lain.

 

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.