Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Arkib UiTM Cawangan Johor akan menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail dan Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod seperti butiran berikut:
Tarikh : 23 Oktober 2024 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Secara atas talian (meet.google.com/kuj-mvym-gdh)
Bengkel ini melibatkan semua Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) di UiTM Cawangan Johor. Tujuan bengkel ini diadakan untuk melaksanakan pembangunan klasifikasi fail lama kepada klasifikasi baharu bagi fail Urusan Am dan fail Urusan Fungsian. Senarai Fail Jabatan hendaklah berada bersama-sama tuan/puan bagi tujuan amali semasa bengkel.
Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) juga perlu disediakan, sebagai persediaan menghadapi sebarang bentuk ancaman bencana dan kecemasan. Unit Arkib Cawangan bertanggungjawab untuk menghasilkan manual lengkap sebagai rujukan dan persediaan kepada Warga UiTM Cawangan Johor, untuk menghadapi kemungkinan bencana.
Jam latihan (khusus) akan diberikan kepada staf UiTM yang berjaya menyertai program ini.
Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services | |
+603 5544 3716 | Customer Services | |
+603 5544 3735 | Corporate Unit | |
korporatptar@uitm.edu.my | |
Join Channel - @uitmlibrary | |
Click here to view QR Code | |
Facebook Chief Librarian | |