Tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada 3 orang sukarelawan perpustakaan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam yang telah menyertai Program Khidmat Komuniti bersama Kolej Vokasional Shah Alam pada 2 Mei 2024. Mereka terlibat sebagai crew yang bertanggungjawab dalam urusan kelancaran majlis.
Sukarelawan perpustakaan tersebut ialah:
1. Muhammad Nazrul Aiman bin Norafendi
2. Muhammad Waez Haikal bin Ishak
3. Muhammad Zarith Irfan bin Mohd Ikhwan
Penglibatan mereka merupakan langkah baharu perpustakaan untuk memperkenalkan mahasiswa/mahasiswi dengan kaedah yang lebih mesra serta berganding bahu dalam usaha memartabatkan pembudayaan ilmu dalam kalangan komuniti.
InsyaAllah lebih banyak program yang melibatkan sukarelawan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.