Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Jumaat, 27 Jamadil-Awwal 1446
Jumaat, 29 November 2024

Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail dan Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod UiTM Cawangan Johor

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Arkib UiTM Cawangan Johor akan menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail dan Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod seperti butiran berikut:

Tarikh : 23 Oktober 2024 (Rabu)  

Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari  

Tempat : Secara atas talian (meet.google.com/kuj-mvym-gdh)

Bengkel ini melibatkan semua Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) di UiTM Cawangan Johor. Tujuan bengkel ini diadakan untuk melaksanakan pembangunan klasifikasi fail lama kepada klasifikasi baharu bagi fail Urusan Am dan fail Urusan Fungsian. Senarai Fail Jabatan hendaklah berada bersama-sama tuan/puan bagi tujuan amali semasa bengkel.

Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) juga perlu disediakan, sebagai persediaan menghadapi sebarang bentuk ancaman bencana dan kecemasan. Unit Arkib Cawangan bertanggungjawab untuk menghasilkan manual lengkap sebagai rujukan dan persediaan kepada Warga UiTM Cawangan Johor, untuk menghadapi kemungkinan bencana.

Jam latihan (khusus) akan diberikan kepada staf UiTM yang berjaya menyertai program ini. 

Pautan kehadiran : KLIK DI SINI