“Speed Reading Programme”@PAB

RABU | 29 MAC 2023

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para pelajar Fakulti Sains Gunaan Semester 4 serta Dr Noorshashillawati Azura Mohamad (Pensyarah Kanan) atas kesudian menghadiri Program “Speed Reading” anjuran Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Speed Reading atau dalam nama lain iaitu Bacaan Pantas adalah kombinasi kemampuan gerakan mata atau kemampuan visual dengan kemampuan kognitif individu dalam membaca. Proses yang melibatkan kombinasi antara kepantasan membaca dengan pemahaman isi bacaan.

Seiring SDG 4: Quality Education, diharapkan ilmu yang dikongsikan dapat membantu para pelajar sepanjang sesi Pengajaran & Pembelajaran di UiTM Cawangan Pahang!

“SPEED READING IS THE KEY”

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply