Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), Kampus Dungun, telah menerima kunjungan lawatan daripada seramai dua puluh lima orang pelajar dan empat orang tenaga pengajar dari Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,Kuantan Pahang pada 12 Mac 2023, Ahad, yang lalu. Sesi lawatan ini adalah bersempena Majlis Penanda Aras bersama Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan (KVTAA) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTMCT. Di samping melawat ke sekitar perpustakaan, peserta lawatan ini juga telah diberi penerangan berkenaan perkhidmatan dan kemudahan terkini yang ditawarkan kepada warga UiTMCT dan juga komuniti yang mendaftar sebagai ahli luar Perpustakaan UiTMCT.
Diharapkan perkongsian ini dapat memupuk minat para pelajar dari Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di UiTMCT.
Semoga lawatan ke perpustakaan ini dapat memenuhi objektif lawatan yang digarapkan serta memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat dalam Perpustakaan UiTM kepada komuniti. Aktiviti perkongsian ilmu kepada komuniti seperti ini adalah menyokong Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan