Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), Kampus Dungun, telah mengadakan sesi Taklimat Penyediaan Dokumen Kualiti PUiTM Cawangan Terengganu pada 9 Mac 2023, Khamis, bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Taklimat yang dijalankan secara atas talian dengan menggunakan Cisco Webex Meeting ini telah disampaikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan, merangkap Pegawai Kualiti UiTMCT. Sesi taklimat ini disertai seramai 18 orang staf Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT melibatkan ketiga-tiga kampus; Kampus Dungun,Kuala Terengganu dan Bukit Besi.
Sesi taklimat ini merupakan satu perkongsian ilmu di peringkat Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT yang disampaikan oleh Cik Asmahani selepas menghadiri Bengkel Pengurusan Dokumen Kualiti Perpustakaan UiTM pada 15 dan16 Februari 2023 yang lalu, bersama Cik Nur Maisari Che Anuar, Pustakawan, yang juga merupakan Pegawai Dokumen Kualiti Perpustakaan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu.
Pengalaman dan perkongsian staf yang hadir pada sesi taklimat tersebut sedikit sebanyak telah melancarkan proses kefahaman dalam menyediakan dokumen kualiti Perpustakaan UiTMCT. Semua diminta untuk menyiapkan dokumen selewat-lewatnya 31 Mac 2023, Jumaat.
Objektif utama taklimat ini adalah memberi penerangan dan panduan kepada staf yang terlibat untuk mengemaskini Dokumen Kualiti ISO 9001:2015 Perpustakaan UiTMCT samada sebagai penyedia mahupun penyemak dokumen.Semoga dengan adanya sesi taklimat ini dapat memberikan kefahaman dan pengetahuan dalam menyiapkan dokumen kualiti Perpustakaan Cawangan Terengganu kelak.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan