Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2021/2022 UiTM Cawangan Perak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Tapah pada 26 Januari 2022. Kunjungan Hormat ini diketuai oleh Che Mohamad Haniff bin Che Khalid selaku Ketua MPP. Tujuan Kunjungan Hormat ini diadakan adalah bagi memperkenalkan lantikan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di samping mengeratkan lagi hubungan di antara pihak MPP UiTM Cawangan Perak dan PTAR Kampus Tapah.
Perjumpaan di antara kedua-dua pihak telah berlangsung selama 30 minit dan Puan Nur Dayana binti Mohd Narwawi, Pustakawan dan selaku wakil PTAR Kampus Tapah turut menyampaikan hasrat dan harapan untuk pihak MPP UiTM Cawangan Perak menjadi medium utama dalam menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan PTAR kepada pengguna khususnya dalam kalangan para pelajar agar mereka dapat pendedahan dan seterusnya menggunakan sebaik mungkin setiap perkhidmatan dan kemudahan yang ada.
Perjumpaan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pemberian saguhati daripada pihak PTAR kepada MPP. Semoga jalinan di antara pihak MPP dan PTAR dapat diperkukuhkan lagi dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada warga Universiti terutamanya dalam kalangan pelajar UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.
Disediakan oleh: Nur Dayana Mohd Narwawi, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah