Bengkel Perancangan Strategik PTA 2023

Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik PTA 2023 selama dua hari pada 5 dan 6 Februari 2023 (Ahad & Isnin). Bengkel ini dijalankan secara bersemuka bertempat di Bilik Seminar PTA bermula jam 9:30 pagi sehingga 4:30 petang yang melibatkan semua staf PTA UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk merancang sekaligus meneliti setiap perancangan yang perlu dibuat bagi PTA mencapai 22 “Performance Indicator” (PI) yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam dalam menyokong 9 KPI utama universiti yang merangkumi 5 agenda utama “Globally Marketable”.

Dalam bengkel ini juga setiap unit/bahagian membincangkan aktiviti-aktiviti (way forward) yang perlu dilaksanakan bagi mencapai sasaran PI yang telah ditetapkan dan kemudiannya membentangkan aktiviti atau perancangan unit/bahagian masing-masing kepada Timbalan Ketua Pustakawan PTA.

  • Sesi ‘brainstorm’ dan pembentangan mengikut unit/bahagian

Bengkel diakhiri dengan rumusan oleh TKP PTA iaitu Puan Alina Hussein, dimana beliau memberikan komen untuk penambahbaikan bagi setiap way foward yang telah dibentangkan oleh setiap unit. Beliau juga mengucapkan tahniah dan berharap agar segala perancangan yang dirancang semasa bengkel ini dapat dijalankan bagi mencapai sasaran KPI/PI yang ditetapkan.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply