Program Pemantapan Destini Siswa (PDS) Kolej Pengajian Kejuruteraan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

Program Pemantapan Destini Siswa (PDS) bagi Kolej Pengajian Kejuruteraan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam telah berlangsung pada 12 Oktober 2022 (Rabu) selama 30 minit bermula dari jam jam 10.30 pagi. Program ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Program ini telah disampaikan oleh Puan Rizana Mohd Radwan, Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak dan dibantu oleh moderator PKEJ, En. Mohd Fitri Ruslan dan En. Asmawi Bin Mohamed.

Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan mahasiswi baharu bagi sessi 2022/2023 tentang kepentingan perpustakaan, dari segi koleksi, perkhidmatan dan kemudahan serta bahan koleksi digital yang tersedia untuk kegunaan para pelajar
sepanjang pembelajaran mereka di Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Shah Alam.

Sejajar dengan konsep Perpustakaan Digital, pihak Perpustkaan Kejuruteraan juga telah mempromosi penggunaan Mobileapps, My Knowledge Management, pencarian koleksi kertas soalan (Exam paper) dan Portal Repositori Institusi UiTM.

Seramai 680 pelajar baharu hadir dalam program ini yang disiarkan secara langsung melalui pautan Facebook Kolej Pengajian Kejuruteraan -Media Rasmi. Semoga perkongsian yang  disampaikan ini dapat memberi impak dan input berguna buat para pelajar baharu sesi 1 22/23.

Rizana Mohd Radwan

Leave a Reply