Pada Rabu, 21 September 2022 telah berlangsung program Bengkel Microsoft Office 365: Tips & Tricks anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang iaitu selama empat (4) jam.
Program yang berlangsung secara bersemuka itu diadakan di Makmal Komputer 1, PTAR Kampus Rembau adalah terbuka kepada warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan telah disertai oleh peserta-peserta dari UiTM Kampus Rembau, Seremban dan Kuala Pilah.
Bengkel yang diadakan selama empat jam itu telah disampaikan oleh speaker jemputan, Puan Siti Aina Mokhtar, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, UiTM Kampus Kuala Pilah. Peserta didaftarkan kepada akaun Microsoft Office 365 yang merupakan inisiatif percuma buat warga UiTM sebelum bengkel bermula. Antara fungsi Microsoft Office 365 yang disentuh termasuklah Microsoft Office 365 Word, Excel dan storan OneDrive.
Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau