Webinar CSR: Ilmu Mengubah Destini Bersama Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sekitar Negeri Terengganu

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK), dan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), telah menganjurkan Webinar CSR: Ilmu Mengubah Destini bersama Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sekitar Negeri Terengganu, pada 24 Ogos 2022, Rabu, yang lalu.

Webinar yang dilaksanakan secara atas talian melalui platform Webex Meeting ini telah dirasmikan oleh En. Jamalludin Hj Sulaiman, Ketua Pustakawan, Perpustakaan UiTM. Terbahagi kepada tiga sesi, webinar ini telah dikendalikan oleh Cik Asmahani binti Abdullah, Pustakawan Kanan, sebagai moderator program. Pembentangan yang disampaikan oleh para penceramah jemputan dari Fakulti Pengurusan Maklumat UiTMCK melalui pengisian yang dirasakan sesuai dengan kumpulan sasar yang hadir ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sokongan penuh dari Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, dalam menjayakan webinar ini juga dapat dilihat dengan penyertaan daripada lebih 500 orang peserta dari sekolah-sekolah sekitar negeri Terengganu.

Ucapan perasmian disampaikan oleh En. Jamalludin Hj. Sulaiman, Ketua Pustakawan, Perpustakaan UiTM.
Ucapan oleh Tuan Hj. Akram@Amir Abdul Majid, Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Ucapan Aluan oleh Ybhg. Prof. Ts. Dr. Mazidah Puteh, Rektor, UiTM Cawangan Terengganu.
Sesi Webinar 1: Asas Pengurusan Koleksi Pusat Sumber Sekolah.
Disampaikan oleh Pn. Amira Idayu Mohd Shukry dan Pn. Noor Masliana Razlan, Pensyarah, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTMCK.
Sesi Webinar 2: Pengurusan Digital Maklumat Pusat Sumber Sekolah.
Disampaikan oleh Dr. Mohamad Rahimi Mohamad Rosman, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTMCK.
Pembentangan oleh Pn. Nik Nur Izzati Nik Rosli, berkaitan program yang ditawarkan oleh UiTM dalam bidang pengurusan maklumat.
Pn. Noor Rahmawati Alias juga membentangkan program yang ditawarkan oleh UiTM dalam bidang pengurusan maklumat.

Program webinar ini merupakan inisiatif perkongsian kepakaran yang merupakan sinergi Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT bersama Fakulti Pengurusan maklumat UiTMCK dan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan,JPNT, bagi memantapkan kemahiran dan pengetahuan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang terlibat.Pendedahan kerjaya dalam bidang berkaitan juga diharapkan dapat memupuk minat individu peserta sebagai Pengawas Pusat Sumber dalam berperanan sebagai pemangkin pembudayaan ilmu di sekolah.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply