Tarikh: 11 November 2025, Selasa
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Platform: Bersemuka
Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE)
Anjuran: IEM Terengganu Student Section UiTM Terengganu dengan kerjasama Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) dan Akademi Zakat (Azka) MAIWP
Penceramah Jemputan:
1) En. Fauzi Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif, Highbase Strategic Sdn Bhd. (Alumni UiTMCT)
2) En. Mustaqim Ismail, Pengurus Kanan Projek, Highbase Strategic Sdn Bhd.
Penglibatan: 102 orang pelajar dari Pengajian Kejuruteraan Eletrik (PKE) UiTMCT dan Kolej Vokasional Dungun.
Wakil Penganjur:
1) Ir. Dr. Ilham Rustam, Ketua Pusat Pengajian, PKE UiTMCT.
2) Ir. Ts. Dr. Hajar binti Ja’afar, Penasihat IEM Terengganu Student Section UiTM Terengganu.
3) Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), Perpustakaan Cendekiawan.

Pada 11 November 2025, Selasa yang lalu, telah diadakan Bicara Alumni Bersama HighBase Strategic Sdn.Bhd – Membentuk Kerjaya Kejuruteraan Masa Hadapan bertempat di Sudut AZKA @Library Community Engagement (LCE) Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT. Program anjuran IEM Terengganu Student Section UiTM Terengganu dengan kerjasama Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun dan Akademi Zakat(Azka) MAIWP ini telah berlangsung pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dengan menampilkan dua orang penceramah jemputan eksklusif daripada Highbase Strategic Sdn Bhd iaitu En. Fauzi Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif, yang juga merupakan Alumni UiTMCT dan En. Mustaqim Ismail, Pengurus Kanan Projek.
Program bicara alumni ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk para alumni yang kini telah berjaya dalam bidang kepakaran masing-masing bagi berkongsi kepakaran, pengalaman dan cabaran realiti dunia pekerjaan khususnya kepada para pelajar UiTM agar lebih bersedia menghadapi alam pekerjaan kelak. Dalam era pembangunan teknologi dan industri yang pesat hari ini, pendedahan awal tentang realiti dunia kerjaya amat penting bagi membantu pelajar memahami keperluan sebenar pasaran pekerjaan serta kemahiran yang diperlukan. Melalui perkongsian pengalaman daripada penceramah jemputan yang berpengalaman ini, diharapkan para peserta dapat memperoleh gambaran jelas tentang laluan kerjaya dalam bidang kejuruteraan, cabaran yang dihadapi, serta strategi untuk mencapai kejayaan profesional pada masa hadapan.








Program dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Ir. Dr. Ilham Rustam, Ketua Pusat Pengajian, PKE UiTMCT. Kemudian diteruskan dengan sesi perkongsian kepakaran industri melalui bicara alumni oleh penceramah jemputan. Ianya diselang-selikan dengan sesi soal jawab interaktif bersama para peserta yang hadir. Program diakhiri dengan sesi penyampaian saguhati kepada para penceramah jemputan dan sesi bergambar kenangan. Para penceramah kemudiannya dibawa ke tapak penghasilan madu kelulut UiTMCT untuk melihat hasil penyelidikan yang diusahakan di UiTMCT.


Turut hadir sebagai peserta program ini selain pelajar dari Pengajian Kejuruteraan Elektrik ialah pelajar-pelajar Sijil Teknologi Elektrik dari Kolej Vokasional Dungun. Ini telah menjadikan keseluruhan peserta bagi program yang diadakan secara bersemuka ini seramai 102 orang.


Secara keseluruhannya, program Bicara Alumni Bersama Highbase Strategic Sdn. Bhd. : Membentuk Kerjaya Kejuruteraan Masa Hadapan telah berjaya menjadi platform perkongsian ilmu dan inspirasi antara industri dan pelajar. Pihak penganjur telah mendapat maklumbalas positif daripada semua peserta dan amat berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Diharapkan semua input yang disampaikan melalui program ini dapat memberi manfaat dan menjadi pemangkin kecemerlangan semua peserta yang terlibat.

Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.