Tarikh: 10 September 2025, Rabu
Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati, Dungun, Terengganu
Penglibatan: 410 orang pelajar dan guru SK Tanjung Pati
Dirasmikan oleh: En. Adnan Hj. Awang, Guru Besar SK Tanjung Pati (Alumni ITM Terengganu).
Sempena sambutan bulan kebangsaan 2025, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Che Lijah menganjurkan Program Explodeka: Misi Menjejak Semangat Merdeka. Pengisian ilmu yang telah disusun dalam program ini adalah berkonsepkan ekplorasi berkumpulan berteraskan perpaduan, kerjasama berkumpulan, gaya hidup sihat, serta jati diri bertemakan patriotisme bertepatan dengan bulan kebangsaan, dan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September 2025 akan datang.

Aktiviti yang telah dilaksanakan dalam program ini adalah seperti berikut:-
a) Senamrobik Merdeka
b) Pertandingan Explodeka bersama 10 kumpulan daripada Pelajar Tahap 2 – 10 Checkpoint Ilmu
Check point 1 – Semarak Merdeka: Uji Minda Patriotik
Check Point 2 – Minda Perpustakaan : Explorasi Bahan Bacaan Kemerdekaan
Check Point 3 – Poster Patriotik Jawi
Check Point 4 – Merdeka Shout!
Check Point 5- Tangan Patriotik
c) Pertandingan Mewarna Merdeka bersama Pelajar Tahap 1
d) Pertandingan Mewarna Merdeka bersama Pelajar PPKI
e) Pertandingan Khat Jawi Merdeka
f) Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah bersama Pengawas Pusat Sumber Sekolah
g) Bengkel Bacaan Pantas bersama Pengawas Pusat Sumber Sekolah
h) Sesi Menandatangani Sijil Jaringan Kolaborasi
i) Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Pertandingan










Sesi bersama 42 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah berlangsung di perpustakaan, diselia bersama 2 orang guru. Selain Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber dan Bengkel Bacaan Pantas, satu gotong-royong mengemas dan menyusun buku bersama juga telah diadakan. Turut diadakan tayangan video perpaduan sempena bulan kemerdekaan untuk menyemai semangat cintakan negara.






Sesi penutup program diadakan di kantin sekolah memandangkan sekolah ini tidak dilengkapi dengan dewan. Selain penyampaian hadiah kepada pemenang dan sesi menandatangani sijil kolaborasi, semua pelajar sekolah juga diberikan aiskrim percuma sebagai tanda penghargaan penganjur atas komitmen menjayakan program ini.







Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penganjur yang terdiri daripada guru-guru SK Tanjung Pati, staf Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, serta Jawatankuasa Rukun Tetangga Kampung Che Lijah. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat semua.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
Disediakan oleh:
1. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan
2. Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)