𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐢𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 @𝐔𝐢𝐓𝐌

26 OGOS 2025 | Program Kibaran Gemilang telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat patriotik di Laman Kampus UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu.

Program anjuran Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu dengan Kerjasama Fakulti Seni Lukis & Seni Reka ini berjaya mengumpulkan staf dan komuniti untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan mengekspresikan kreativiti melalui seni. Program Kibaran Gemilang ini telah mendapat sambutan hangat

Tahniah dan terima kasih kepada semua staf dan komuniti yang terlibat menjayakan program ini. Semoga semangat patriotik terus subur dalam hati setiap rakyat Malaysia. 🇲🇾

Disediakan oleh:  Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply