Pada hari Selasa bertarikh 26 Ogos 2025, Fakulti Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan program Meet & Greet bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam. Program ini merupakan inisiatif penting dalam memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan fakulti dan perpustakaan.
Program Meet & Greet ini turut memperlihatkan semangat kolaborasi antara fakulti dan perpustakaan dalam membina ekosistem pembelajaran kondusif, inklusif serta mesra pelajar. Suasana mesra sepanjang sesi berlangsung membuktikan bahawa hubungan erat antara kepimpinan fakulti, perpustakaan dan mahasiswa mampu melahirkan warga kampus yang lebih berdaya saing, inovatif serta berfikiran kritis.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamatnya dengan mewujudkan jalinan ukhuwah yang lebih erat, memperkukuh komunikasi dua hala serta memberi inspirasi kepada kedua pihak untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan akademik dan profesional.



