PTAR Alam Bina (PTAB) Meraikan Kunjungan Delegasi Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan (FPIK) Universitas Bung Hatta, Indonesia

Pada 10 Julai 2025 (Khamis), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Alam Bina berbesar hati menerima kunjungan Delegasi Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan (FPIK), Universitas Bung Hatta, Indonesia.

Rombongan yang diketuai oleh Dekan, Prof. Dr. Yusra M. Si, terdiri daripada 13 orang pelajar pascasiswazah dan 2 orang pensyarah. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada program lawatan akademik mereka ke Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Ketibaan delegasi disambut penuh mesra oleh warga PTAR Alam Bina. Para tetamu turut mengikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Hanani binti Rojikin, Ketua Perpustakaan Fakulti Alam Bina, yang memperkenalkan pelbagai perkhidmatan, kemudahan serta peranan perpustakaan dalam menyokong pembelajaran dan penyelidikan.

Delegasi kelihatan amat teruja dengan perkhidmatan fizikal dan digital yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan. Pihak PTAR Alam Bina merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian Delegasi FPIK Universitas Bung Hatta, Indonesia berkunjung ke perpustakaan ini. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu yang lebih erat pada masa hadapan.

Hanani Rojikin PTAB Shah Alam

Leave a Reply