Program Speed Reading UiTM Cawangan Pahang
Tarikh: 16 Mei 2025
Penyertaan: Para pelajar UiTM
Penceramah Jemputan: Puan Muniratul Husna Mohd Zaki
Satu program berimpak tinggi yang bertujuan untuk memperkenalkan dan memupuk amalan teknik bacaan pantas (speed reading) dalam kalangan warga kampus.
Antara objektif utama program ini:
1.1 Memberi pendedahan tentang teknik speed reading kepada komuniti kampus
1.2 Menggalakkan aplikasi teknik ini bagi meningkatkan kecekapan dan kefahaman semasa membaca
1.3 Menyokong KPI 5 – Bilangan Penyertaan Program Budaya Ilmu: 2,500 penyertaan
1.4 Menyokong PI 4 – Bilangan Pengunjung Fizikal Perpustakaan: 33,116 pengunjung
1.5 Menyokong aspirasi Perpustakaan UiTM sebagai pusat kecemerlangan ilmu selaras dengan SDG 4 – Quality Education
Program ini menjadi landasan dalam memperkukuh budaya ilmu, meningkatkan literasi maklumat, serta menyokong matlamat pendidikan berkualiti di UiTM.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Muniratul Husna Mohd Zaki atas perkongsian ilmu yang amat bermakna.









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan