Lawatan kerja ke Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM Shah Alam

UPSR, BPDI, IR, REPOSITORI

Berlangsung dengan jayanya selama 2 jam, Bahagian Perpustakaan Digital telah mencapai matlamat mengadakan lawatan kerja dan pertemuan  dua-hala bersama staf Pusat Kerjaya dan Kaunseling pada 18 April 2024 bersamaan hari Khamis bertempat di Bilik Mesyuarat.   

Perbincangan adalah berkaitan dengan permohonan bahan harta intelek bagi menyumbang muat naik ke Repositori Institusi Universiti UiTM. Pihan BPDI berharap untuk berkolaborasi dalam mendapatkan bahan-bahan penerbitan dari Unit Kerjaya dan Kaunseling. Penerangan berkaitan IR diterangkan oleh Puan Rizana Mohd Radwan

Selain itu, turut diterangkan berkaitan Platform data steward PTAR oleh Dr. Adlina Abdullah. Pihak PTAR berharap keterlibatan staf dari Pusat Kerjaya dan Kaunseling yang boleh menyumbang kepada platform tersebut.

Secara kesimpulan, lawatan kerja ini telah berjaya membuka ruang kepada kedua belah pihak untuk berkolaborasi bagi mencapai KPI dan PI Universiti.

Shahrul Hairy Shaharuddin PTAR Shah Alam

Leave a Reply