Tarikh: 25 Mac 2025,Selasa
Masa: 8.00 pagi – 2.00 Petang
Tempat: Dewan Perpustakaan Awam Daerah Dungun
Penglibatan : 150 orang peserta
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan (PUiTMCT), Perpustakaan Awam Daerah Dungun (PADD), dan Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Dungun (PAWE)
Objektif program:
- Mengadakan program kolaborasi pembudayaan ilmu antara Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu dengan jabatan dalam dan luar UiTM.
- Menggalakkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran dalam kalangan masyarakat.
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
- Menyatukan masyarakat dalam satu sesi spiritual yang penuh keberkatan melalui ceramah agama dan gotong-royong menyediakan bubur lambuk.
Program Jalinan Kasih Tautan Budi Bersama Warga Emas Sempena World Quran Hour 2025 ini diadakan pada 25 Mac 2025 (Selasa), jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Program ini melibatkan lebih 150 orang peserta dan dianjurkan bersama oleh Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (PUiTMCT), Perpustakaan Awam Daerah Dungun (PADD), serta Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Dungun.




Aktiviti yang diadakan ialah termasuk gotong-royong bubur lambuk, Pertandingan Tulisan Jawi Cantik, bacaan dan tadabbur Surah Al-Saff (1-14) diketuai oleh Dr. Abdul Wahab Md. Ali (Pensyarah ACIS UiTMCT), serta sesi menandatangani surat niat antara PADD dan PUiTMCT, dan sesi menandatangani sijil jalinan kolaborasi strategik antara wakil-wakil penganjur. Turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma dari Klinik Nova untuk warga emas dan komuniti setempat.




Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Hanafiah bin Hitam , Pegawai Khas ADUN Sura, dan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah, dan agihan bubur lambuk kepada peserta dan komuniti.



Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Komitmen penganjur serta peserta telah menjadikan program ini bukan sahaja mencapai objektif yang digarapkan, malah meluaskan rangkaian jaringan kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara organisasi dan individu yang terlibat. Semoga kerjasama seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh:
Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan
Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan