LAWATAN AKREDITASI OLEH PEMERIKSA LUAR PROGRAM SARJANA SAINS SENIBINA HIJAU (CFAP 763)

4 Februari 2025: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima pelawat bagi Akreditasi Program Sarjana Sains Senibina Hijau (CFAP763) pada 3 Disember 2024, dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Lawatan bertujuan untuk menilai kualiti akademik serta kemudahan yang disediakan bagi menyokong pelaksanaan program tersebut.

Sebagai pusat sumber rujukan dan pembelajaran, PTAR memainkan peranan penting dalam menyediakan bahan rujukan dan fasiliti yang memenuhi keperluan akademik serta penyelidikan dan pembelajaran. Lawatan ini juga memberi peluang kepada PTAR untuk menambahbaik perkhidmatannya agar selari dengan piawaian yang ditetapkan. Segala komen dan cadangan daripada pemeriksa luar akan dijadikan asas penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan.

PTAR komited dalam memberikan kerjasama penuh bagi memastikan proses akreditasi ini berjalan dengan lancar. Diharapkan lawatan ini dapat membantu dalam memperkukuhkan kedudukan program di peringkat nasional dan antarabangsa.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply