Merbok, 14 Januari 2025 – Program Bersama Warga @ Courtyard HEA UiTM Kedah merupakan inisiatif pembudayaan ilmu dan usaha daripada pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah untuk menyampaikan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna perpustakaan yang terdiri daripada pelajar dan staf. Perkhidmatan yang disediakan ini memberikan pendedahan kepada pelajar dan staf UiTM terhadap perkhidmatan perpustakaan dan galakkan pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar dan staf UiTM terutamanya di UiTM Cawangan Kedah. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah promosi dan penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan perpustakaan yang boleh diakses menggunakan MyKM- PERMATA portal, tunjuk ajar penggunaan MyKM- PERMATA portal, tunjuk ajar pencarian bahan melalui PERMATA Search dan galakkan penggunaan sumber-sumber rujukan elektonik dan fizikal.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan perkhidmatan perpustakaan digital yang terdapat di perpustakaan serta memberi tunjuk ajar penggunaan perkhidmatan perpustakaan digital dan sistem baharu perpustakaan. Selain itu, memberi galakkan dalam penggunaan dan sumber-sumber rujukan yang disediakan oleh pihak perpustakaan sama ada dalam bentuk maya / elektronik ataupun fizikal.






Staf sedang memberi tunjuk ajar kepada pelajar mengenai penggunaan perkhidmatan perpustakaan digital dan sistem baharu perpustakaan.



Pada 14 dan 15 Januari 2025, pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program Bersama Warga @ Courtyard HEA UiTM Kedah. Program ini dikendalikan oleh Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan serta staf Pembantu Pustakawan Unit Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini telah mendapat sambutan penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar dan staf UiTM Cawangan Kedah. Seramai 354 orang staf dan pelajar telah menyertai program ini.
Penulis : Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan