
Merbok, 4 Januari 2025 – Perpustakaan merupakan pusat ilmu yang memainkan peranan penting dalam menyokong pembelajaran dan penyelidikan. Dalam era digital ini, perpustakaan tidak hanya menjadi tempat penyimpanan koleksi buku, tetapi juga berkembang menjadi pusat informasi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna. Seiring dengan perkembangan ini, pelajar dari kelas KCDIM1445D, Diploma Informatik Perpustakaan, bagi subjek IML301 (Jangkauan Perpustakaan) telah mengadakan Program D’s Imagibrary. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Semester 1 CDIM144, mengenai perkhidmatan dan koleksi yang ditawarkan oleh Perpustakaan Sultan Badlishah, serta membuka peluang kepada mereka untuk memahami asas-asas pekerjaan dalam bidang perpustakaan.
Objektif program adalah memberikan kesedaran dan skop pekerjaan tentang asas perpustakaan serta membina kemahiran untuk menjalankan aktiviti dan program rasmi secara berkumpulan. Pelajar KCDIM144 5D berkolaborasi bersama Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) dalam mencapai Petunjuk Prestasi (PI) perpustakaan.








Program D’s Imagibrary telah diadakan pada hari Sabtu, 4 Januari 2025, yang bertempat di Dewan Sri Jerai, UiTM Cawangan Kedah. Program anjuran pelajar Semester 5 (KCDIM144 5D) berkolaborasi bersama Perpustakaan Sultan Badlishah ini telah dihadiri oleh seramai 80 orang pelajar Semester 1 Diploma Informatik Perpustakaan (CDIM144). Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Azizah Khasim, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultan Badlishah.
Disediakan oleh : Rozaini Yahaya, Pembantu Pustakawan Kanan