17 Disember 2024 – Pelajar-pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan ceramah pergigian Smile Brighter: Elevate Your Dental Health Journey di Library Community Engagement PTAR 12 KBM. Penganjuran program ini bertujuan memberi kesedaran tentang kesihatan oral kepada pelajar-pelajar. Warga UiTM juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan dan penskalaan gigi secara percuma di klinik bergerak yang terletak di perkarangan tampat letak kereta UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka