Program Perasmian & Penyerahan Rumah Buku Lestari SK Dato’ Demang Hussin Anjuran World Youth Foundation dan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya

Isnin, 21 Oktober 2024 – Program ini bertujuan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid SKDDH secara berterusan dengan berkongsi bahan bacaan bersama Rakan-rakan. Selain itu program ini juga bertujuan menggalakkan pelajar, ibu bapa dan warga sekolah untuk menyumbang bahan bacaan terpakai, sekaligus membantu memperluas akses bahan bacaan. Dengan adanya RUMAH BUKU LESTARI, diharapkan murid-murid dapat menilai bahan bacaan ke dalam rekod khusus NILAM. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengerusi World Youth Foundation. Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Encik Norhazlan Nordin turut hadir bersama-sama dengan Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka, Puan Siti Haidah Md Aziz untuk menjayakan program ini.

Program Rumah Buku Lestari ini telah berlangsung pada:
Tarikh: Isnin 21 Oktober 2024
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Dewan Lestari Tun Ali, SK Dato Demang Hussin, Melaka

Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply