PTAR Open Day 2024 yang berlangsung dari 5 hingga 7 November 2024 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan mencatatkan kehadiran lebih 2500 pengunjung. Program ini dianjurkan bersama oleh PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh dan Kelab Briged Sukarelawan Perpustakaan dengan kerjasama Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTMCPP, MASMED dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTMCPP.
Program yang bermula pada 5 November 2024, dimulakan dengan acara Hari Terbuka Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Pulau Pinang, penyerahan sumbangan kecemerlangan akademik pelajar asnaf sesi Mac – Ogos 2024 serta perasmian dapur UZSW FoodBank : Emergency Foodpack.
Acara yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya Jualan Rahmah Kasih Sayang 2.0 oleh Aeon Big Perai, Jualan Buku oleh Telaga Biru dan Must Read, VR Kembara Dakwah Para Nabi dan Rasul Merentas Zaman, Nintendo Switch Games, Physio Massage, derma darah, jualan Usahawan PTAR dan gerai jualan makanan di bawah kelolaan Masmed dan MPP UiTMCPP. Di samping itu terdapat lebih 10 buah reruai pameran disediakan oleh pempamer antaranya Urban Republic, Switch, Celcom, Digital Penang, Tabung Haji, YaPEIM, KWSP, Zakat Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang, Yayasan Restu, Farm Fresh, dan reruai PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang yang mempromosikan perkhidmatan terkini di perpustakaan.
Selain itu, PTAR Open Day turut dimeriahkan dengan Sharing Session@PTAR bersama Yoodo O Two, Ahmad Fuad Razali (Fredo) & Partibhan Petchayappen (OnTheGo) bersempena dengan pertandingan peringkat akhir e-sports CelcomDigi Battle Arena University Series 1/2024 Mobile Legend. Kemuncak acara pada hari ketiga ialah penyampaian hadiah kepada Pembaca Aktif 2024 dari kategori Staf Akademik, Staf Pentadbiran dan Pelajar di Kampus Permatang Pauh oleh Dr. Ahmad Asri Abd Samat, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTMCPP.
Keseluruhannya, PTAR Open Day 2024 telah dapat mengukuhkan hubungan antara warga UiTM Cawangan Pulau Pinang dan komuniti setempat sambil memupuk budaya ilmu serta semangat keusahawanan. Program ini juga membuktikan komitmen perpustakaan dalam memperkasakan penglibatan masyarakat melalui inisiatif berimpak tinggi.
Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan