5 dan 6 November 2024 – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dan Tabung Darah, Hospital Melaka telah menganjurkan Program Kempen Derma Darah, di ruang legar PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Kempen Derma Darah yang telah dijalankan melibatkan peserta yang terdiri daripada staf dan mahasiswa UiTM. Sebanyak 222 beg darah berjaya dikumpulkan dan didermakan. Disamping itu, kempen derma darah ini juga memperlihatkan peranan UiTM sebagai institusi yang prihatin dan proaktif dalam menyokong kesejahteraan masyarakat dan negara khususnya dalam menyediakan bekalan darah mencukupi untuk keperluan perubatan dan semasa situasi kecemasan. Setiap titisan darah yang dermakan amat bernilai dan bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa, tetapi juga memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan.
Setinggi penghargaan dan Terima kasih kepada penderma darah dan menjadi sebahagian daripada penyelamat dalam komuniti serta pihak pengurusan UiTM Cawangan Melaka atas bantuan dan kerjasama diberikan.
Semoga kebaikan ini terus tersebar luas dan mendorong lebih ramai untuk turut serta dalam program derma darah di masa hadapan.
Sekitar sesi Kempen Derma Darah sedang dijalankan
Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka