BENGKEL SPEED READING & KOLEJ ANTARABANGSA KOMPAS

16 Oktober 2024: Perpustakaan Kolej Antarabangsa Kompas, Ipoh telah menjemput Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak menganjurkan Bengkel Speed Reading di Audiotorium Kolej Antarabangsa KOMPAS, Ipoh. Program ini menyaksikan penyertaan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar diploma, pensyarah dan pustakawan Kolej Antarabangsa KOMPAS. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik bacaan pantas yang dapat meningkatkan kecekapan membaca mereka dalam konteks akademik dan profesional.

Bengkel ini telah dipimpin oleh Encik Akhimullah Azmi, Pembantu Pustakawan yang dibantu oleh seorang fasilitator berpengalaman Encik Mohd Azhari bin Maarop, Pembantu Pustakawan Kanan dan Nurul Alya binti Suhaimi, Pelajar Latihan Industri PTAR. Peserta diperkenalkan kepada konsep bacaan pantas yang menggabungkan kemampuan gerakan mata dan dilatih beberapa teknik membaca yang berkesan termasuk pembetulan mata, skimming, imbasan dan penggunaan alat membaca. Aktiviti yang dilaksanakan juga meliputi latihan membaca, kuiz dan tayangan video yang berkaitan bagi memastikan suasana pembelajaran yang interaktif dan menarik.

Maklum balas peserta menunjukkan bahawa bengkel ini memberi manfaat yang signifikan dalam melaksanakan tugas harian mereka terutamanya dalam aspek membaca. Peningkatan kelajuan dan pemahaman dalam membaca adalah hasil positif yang diperoleh menunjukkan keberkesanan teknik yang dipelajari. Bengkel Speed Reading ini merupakan salah satu usaha kolaboratif antara PTAR UiTM Cawangan Perak dan Kolej Antarabangsa Kompas.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply