UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menerima seramai 2,264 orang mahasiswa baharu bagi kemasukan sesi Oktober 2024 – Februari 2025. Oleh itu, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTMCK Kampus Machang telah menjalankan Taklimat Modul Information Literacy Programme (ILP) kepada semua mahasiswa UiTMCK semester 1 selama 6 hari bermula 6 Oktober – 13 Oktober 2024. Taklimat ini telah dijalankan bertempat di AUD200, AUD300 dan aras 1 PTA yang telah dikendalikan oleh para Pustakawan Kanan PTA dan dibantu oleh staf-staf PTA serta pelajar latihan industri.
Taklimat modul ILP ini diadakan adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan, membolehkan para pelajar baru memahami dan menguasai pencarian bahan melalui OPAC secara berkesan, kemudahan yang ditawarkan melalui Mobile Apps PTAR, pencarian bahan melalui Pangkalan Data Atas Talian, e-book serta kemudahan lain yang ditawarkan melalui platform perpustakaan digital.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang