Lawatan Penandarasan dari PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka

04 September 2024 (Rabu) – Unit Arkib Cawangan (UAC), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan enam (5) orang pelawat dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Jamilah binti Md Yusoff, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan empat (4) orang staf iaitu:

  1. Muhammad Shafiq bin Amirullah (Pustakawan)
  2. Muhamad Azrin bin Ismail (Pustakawan)
  3. Halimah binti Mohamad Zahari (Pembantu Pustakawan Kanan)
  4. Mohd Rafahi bin Zainal (Pembantu Pustakawan Kanan)

Lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keseluruhan berkaitan dengan hal ehwal Pengurusan Rekod Universiti di Unit Arkib Cawangan Melaka. Selain itu, mereka juga berhasrat mendapatkan pendedahan dan amalan terbaik bagi proses pembangunan Unit Arkib Cawangan Melaka.

Sesi lawatan ini dimulakan dengan kata aluan dari Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan diteruskan dengan sesi taklimat mengenai pengenalan dan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dan hal ehwal Unit Arkib Cawangan Melaka yang disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi ini diakhiri dengan sesi lawatan di sekitar Unit Arkib Cawangan Melaka bagi melihat koleksi-koleksi yang dipamerkan dan ruang-ruang yang ada di Unit Arkib Cawangan Melaka.

Semoga hasil dari lawatan ini dapat membina jaringan kerjasama yang baik dalam memacu kecemerlangan operasi serta tadbir urus perkhidmatan perpustakaan dan memberi panduan kepada mereka dalam usaha pembangunan unit arkib di tempat masing-masing.

Pautan Tiktok: https://www.tiktok.com/@ptaruitmmelaka/video/7410711241355840786

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply