PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan telah menjalankan PROGRAM LIVE@PTAR BICARA SANTAI: KALAM SENI MELAYU – CAKLEMPONG pada:
Tarikh: 22 Mac 2022 | Selasa
Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Medium: Facebook PTAR UiTM Negeri Sembilan & Youtube PTAR UiTM Negeri Sembilan
Peserta: Terbuka kepada semua warga UiTM dan penonton luar
Moderator: Encik Shahirul Mu’iz Rusli, Yang Dipertua Persatuan Waris Adat Perpatih UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Penceramah : Puan Farah Damayanty Ahmad, Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan.
Objektif program:
Berfungsi sebagai pusat pengurusan pengetahuan (KM) dalam mengumpul dan menyebarkan pengetahuan ‘tacit’ dan pengetahuan ‘explicit’dalam bentuk program ‘live’ dan warga UiTM boleh membuat rujukan mengenai Kalam Seni Melayu -Caklempong menerusi sosial media (Facebook/Youtube) PTAR pada bila-bila masa.
Memberi pendedahan tentang keunikan instrumen muzik tradisional Caklempong.
Memartabatkan instrumen muzik tradisional Caklempong agar ianya menjadi satu pusaka melayu yang mampu diwarisi oleh generasi kini dan akan datang.
Meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan Tun Abdul Razak dari usaha-usaha pembudayaan ilmu.
Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.
Seramai 285 orang peserta telah menyertai webinar ini.
Secara keseluruhannya, program ini akan memberikan pendedahan tentang keunikan dan memartabatkan instrumen muzik tradisional Caklempong agar ianya menjadi satu pusaka melayu yang mampu diwarisi oleh generasi kini dan akan datang.
Rakaman webinar boleh diakses di : https://www.youtube.com/watch?v=apEdes-t7Mg