Penyerahan Little Free Library kepada Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin

Khamis, 26 September 2024 – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya yang diketuai oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan Puan Siti Haidah Md Aziz, Pustakawan Kanan telah hadir ke SK Dato’ Demang Hussin bersama-sama dengan Pembantu Pustakawan, Puan Rabia Abu Bakar dan Puan Siti Adawiyah Salim bagi sesi penyerahan Little Free Library.

Sesi ini turut dihadiri oleh Setia Usaha Agung World Youth Foundation, Dato’ Norsabrina Mohd Noor. Projek Little Free Library ini adalah inisiatif antara PTAR UiTM Melaka dan World Youth Foundation yang mewakili Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Ali Mohd Rustam.

Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply