Tahniah, Ketua Pustakawan UiTM terpilih menerima Anugerah Tadbir Urus Kreatif & Inovatif

20 Ogos 2024/ 15 Safar 1446 (Selasa) 

Setinggi tahniah diucapkan buat Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi bin Haji Jantan kerana terpilih menerima Anugerah Gangsa kategori Tadbir Urus Kreatif & Inovatif sempena sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2024 yang diadakan di Double Tree Resort, Pulau Pinang pada 20 hingga 21 Ogos 2024. 

Ts Haji Azizi telah diwakili oleh Encik Nor Amiruddin Mokhtaruddin, Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat Pendaftar UiTM. 

Hari Pentadbir Universiti Awam merupakan hari pengiktirafan peranan pentadbir universiti awam di Malaysia yang disambut pada 20 Ogos setiap tahun. Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) telah menetapkan sambutan Hari Pentadbir 2024 merupakan edisi ke-5 dan dihoskan oleh POTENSI UniMAP. Sambutan Hari Pentadbir kali pertama diadakan tahun 2016, di AKEPT yang disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply