Program Vitamin Ilmu Siri 3 “Time to Canva Your Idea: Draft to Publish”

Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menganjurkan Program Vitamin Ilmu Siri 3 “Time to Canva Your Idea: Draft to Publish” pada 12 Ogos 2024. Ini merupakan kolaborasi kali ketiga PTA bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret dan kali ini ianya melibatkan guru sekolah tersebut.

Program diadakan secara bersemuka di Makmal Komputer sekolah bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari dan seramai 27 orang guru menyertai program ini. Program ini merupakan satu inisiatif PTA dalam pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan atau wakaf ilmu yang melibatkan komuniti setempat khususnya guru sekolah untuk membantu mereka dalam menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan sesuai, sama ada dalam bentuk video, poster, lembaran kerja, animasi dan sebagainya.

Penceramah bagi program ini adalah Puan Norfitriah Mat Seman (Pustakawan Kanan PTA) yang merupakan Ketua Unit Korporat dan Kolaborasi PTA serta dibantu bersama dua orang fasilitator staf PTA iaitu Encik Mohd Hazrie Mat Nawi (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Cik Sazlina Saleh (Pembantu Pustakawan).

Kursus ini dimulai dengan sesi perkongsian & tunjuk ajar dan diikuti dengan sesi aktiviti latihan daripada apa yang telah diajar. Para peserta dilihat bersemangat dalam melakukan tugasan yang diberikan dan dibantu oleh para fasilitator.

Program diakhiri dengan ucapan penutup dari wakil sekolah dan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah dan fasilitator.

Kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan memberikan komen yang positif. Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah di atas jemputan untuk berkolaborasi bersama buat kali ketiganya. Semoga apa yang telah dipelajari dapat mereka pratikkan dalam tugasan pejabat harian dan menghasilkan penerbitan yang lebih kreatif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran masing-masing.

Disediakan oleh: Cik Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply