Letter of Collaboration Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu – Kolej Vokasional Dungun

Tarikh: 13 Ogos 2024, Selasa
Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Objektif:
– Mengadakan kerjasama di bawah inisiatif Letter of Collaboration (LOC) antara Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) dan Kolej Vokasional Dungun bagi khidmat nasihat dan rujukan sumber rujukan, perkhidmatan dan kemudahan untuk tujuan akademik; pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan inovasi warga Kolej Vokasional Dungun.
– Memantapkan pengurusan kualiti, tahap profesionalisme dan imej korporat perpustakaan dengan kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak.

Perbincangan bersama antara Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT dan Kolej Vokasional Dungun.

Ringkasan:
Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT yang diwakili oleh En. Shahrol Nizam Johol, Timbalan Ketua Pustakawan, bersama Puan Hafsah Mustafa dan En. Ahmad Fathi Azhari Azmi, telah mengadakan satu perbincangan mengenai kerjasama di bawah inisiatif Letter of Collaboration (LOC) antara Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT dan Kolej Vokasional Dungun, yang bertempat di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT. Pengisian perbincangan adalah menjurus kepada perincian sumber, perkhidmatan dan kemudahan yang boleh ditawarkan oleh Perpustakaan UiTMCTi dalam memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh pihak kolej tersebut.

Puan Hajjah Zainon binti Jaafar, Guru Pengurusan Media, yang hadir bersama tiga orang staf Pusat Sumber Kolej Vokasional Dungun, amat berbesar hati atas persetujuan pihak Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT menerima seterusnya mengadakan kerjasama lanjut dalam memperluaskan lagi sumber rujukan, perkhidmatan, dan kemudahan warga kolej. Beliau amat teruja untuk mengadakan aktiviti dan mengalu-alukan libatsama dalam program pembudayaan ilmu di UiTMCT selanjutnya pada masa akan datang.

Semoga dengan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply