KUNJUNGAN HORMAT KE UNIT INFOSTRUKTUR KAMPUS SAMARAHAN

26 Januari 2024, Jumaat – PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan telah mengadakan kunjungan hormat ke Unit Infostruktur yang diketuai oleh Pustakawan Kanan En. Abg Mohd Farizan bin Abg Yakup, sekitar jam 9.30 pagi.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk perlaksanaan program PTAR IT Genius (Read@UiTM: Mobile Library) dikalangan semua staf Bahagian Infostruktur. PTAR juga mengambil peluang untuk memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan kepada pelajar dan juga staf. Antara Objektif dan pengisian didalam program tersebut adalah memperkenalkan PTAR Mobile Apps, Pameran buku berkaitan ICT, program pinjaman buku dan juga semakan akaun pengguna PTAR.

Norhayati Ramin PTAR Sarawak

Leave a Reply