Pada 23 Mac 2022 (Rabu), Unit Arkib Cawangan Melaka telah menerima kunjungan tujuh (7) orang staf dari Ibu Pejabat Polis Bantuan, UiTM Shah Alam yang diketuai oleh DSP/PB Tuan Sokri bin Sulaiman, Timbalan Pegawai Keselamatan, UiTM Shah Alam.
Lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keseluruhan berkaitan dengan Pengurusan Rekod Universiti di UiTM Cawangan Melaka. Selain itu, mereka juga berhasrat mendapatkan pendedahan dan amalan terbaik bagi proses pembangunan dan pengurusan rekod dan arkib universiti.
Mereka juga telah dibawa untuk meninjau persekitaran Unit Arkib Cawangan Melaka bagi melihat koleksi-koleksi yang dipamerkan. Lawatan ini juga telah memberi input kepada mereka dalam usaha menguruskan koleksi yang ada di Ibu Pejabat Polis Bantuan, UiTM Shah Alam.
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin