Sesi Libat Urus: Pelupusan Rekod Homogenous (Buku) Bersama PTAR UiTM Cawangan Melaka

30 Mei 2024, Khamis – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dijemput hadir bagi memberi taklimat mengenai pelupusan rekod homogenous (buku) PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi ini menerangkan proses pengasingan buku, penyediaan senarai buku, permohonan pelupusan, cara mengisi borang homogenous sehingga mendapat kebenaran pelupusan dari Arkib Negara Malaysia, menjalankan proses pemusnahan rekod dan menghantar borang penentusahan rekod.

Semoga melalui taklimat seperti ini ianya dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.

Pautan Tiktok: KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply