PROGRAM MOBILE LIBRARY@UITM KAMPUS TAPAH: MUDAH, MESRA DAN MENARIK.

21 Mei 2024 – PTAR Kampus Tapah telah mengadakan program “Mobile Library Tour@UiTM Tapah” bertempat di Kafe Pentadbiran UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah. Program yang dijalankan bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 petang ini turut dihadiri oleh seramai 163 peserta terdiri daripada pelajar dan staf, serta program ini berjaya mendekatkan warga kampus kepada koleksi bahan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan.

Antara koleksi bahan yang dibawa pada program Mobile Library kali ini adalah terdiri daripada bahan yang popular sehingga koleksi bahan “zero hits”. Selain daripada program ini bertujuan untuk memberi galakkan membaca, ianya turut membantu meningkat jumlah pinjaman perpustakaan khusunya bagi bahan yang tidak pernah dipinjam “zero hits”. Turut diberikan hadiah dan kupon kolej bagi pelajar yang meminjam buku pada hari tersebut.

Rata-rata warga UiTM yang hadir memberikan maklum balas yang positif kepada program yang diadakan dan berharap program seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap lagi pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh: Mohd. Amirul Hafidz bin Ahmad, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply