World#QuranHour : Berinteraksi dengan Surah Al-Jumu’ah

Bersempena program World#QuranHour yang diadakan secara serentak di seluruh Malaysia, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh turut tersenarai sebagai salah satu lokasi Hotspot World#QuranHour pada 4 April 2024.

Program yang diadakan di ruang Library Community Engagement PTAR Kampus Permatang Pauh ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang, para pelajar Program Mutawwif dan wakil daripada Rumah Ngaji Pulau Pinang.

Pembukaan mengaji bermula pada jam 12.00 tengah hari dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti solidariti ngaji: berinteraksi dengan Surah Al-Jumu’ah dipimpin oleh Ustaz Mohd Fauzan Md Nor. Usai bacaan surah, Ustaz Mohd Adenan Mohd Yusoff telah dijemput untuk mentadabbur surah tersebut. Surah Al-Jumu’ah (Surah ke 62: 11 Ayat) diangkat sebagai surah pilihan dalam membawa misi Ummah #GrandReset. Surah Al-Jumu’ah memberi panduan tentang 4 Sifat Allah dan 4 peranan Rasul yang merupakan kunci untuk manusia bertasbih seperti alam. Semoga semua peserta yang terlibat dapat memahami mesej daripada Allah melalui tadabbur al-Quran dan menggariskan perkara yang perlu diamalkan dalam menguruskan hidup seharian.

Program tahun ini juga telah diadakan secara siaran langsung menerusi Facebook PTAR UiTMCPP dan boleh diakses di pautan berikut https://www.facebook.com/library.uitm.penang/videos/1179850986612376

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply