Program Biblioterapi – Terapi Minda Melalui Buku

Pada 19 Januari 2022 / 16 Jamadilakhir 1443H (Rabu), PTAR Kampus Seremban telah mengadakan ceramah bagi Program Biblioterapi – Terapi Minda Melalui Buku secara dalam talian. Program ini diadakan bagi memperkenalkan ‘biblioterapi’ kepada warga UiTM Negeri Sembilan tentang bagaimana buku boleh digunakan sebagai bahan untuk terapi diri apabila menghadapi masalah.

Panel jemputan untuk program kali ini ialah Puan Rafi­dah binti Abdul Aziz, beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, Kampus Puncak Perdana dan beliau juga merupakan Presiden Biblioterapi Malaysia. Puan Rafi­dah memberikan perkongsian mengenai “Terapi Minda Melalui Buku”. Tugasan moderator pula diberikan kepada Cik Siti Nur Muslimah binti Hud (Pelajar Latihan Industri, PTAR Seremban). Program ini menggunakan medium Cisco Webex https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=mc259b8-caf447608b77c1ae70‑ad8e4e yang bersesuaian dengan saranan kerajaan bagi menghalang penularan virus     Covid-19.

Secara ringkasnya, Puan Ra­fidah telah membuat perkongsian yang menarik mengenai biblioterapi, di mana buku dijadikan sebagai terapi sampingan bagi seseorang yang mempunyai masalah seperti kesihatan mental, tekanan, perhubungan, keyakinan diri dan banyak lagi. Beliau juga turut memberikan contoh-contoh buku yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan biblioterapi. Biblioterapi adalah salah satu terapi untuk merawat jiwa dan hati dengan mengguna bahan terpilih melalui medium seperti buku, kata-kata motivasi, kitab suci, lirik lagu, ­lem, foto dan lain-lain. Ianya sering digabung dengan terapi melukis, mewarna, seni, muzik dan permainan. Mengikut rekod, seramai 258 orang menyertai program ini.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua.

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply