Pada 20 dan 21 Januari 2022 / 17 dan 18 Jamadilakhir 1443H (Khamis dan Jumaat), PTAR Kampus Seremban telah mengadakan pameran bagi Program Biblioterapi – Terapi Minda Melalui Buku di Medan Makan Tiga Persukuan UiTM Kampus Seremban.
Pameran ini diadakan bagi memperkenalkan ‘biblioterapi’ dan mempamerkan bahan biblioterapi kepada warga UiTM Negeri Sembilan tentang bagaimana buku boleh digunakan sebagai bahan untuk terapi diri apabila mempunyai masalah. Terapi ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan terutama sekali untuk tujuan mempertingkatkan lagi kualiti hidup. Aktiviti biblioterapi baik untuk kesihatan mental, mengurangkan tahap stres, merangsang kreativiti serta imaginasi, meneroka idea, merehatkan badan, meningkatkan komunikasi dan mendorong minda untuk berfikiran positif. Pameran ini dianjurkan di Medan Makan Tiga Persukuan UiTM Kampus Seremban selama dua hari bermula pada jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Terdapat dua aktiviti yang disediakan iaitu ‘Quiz PTAR’ dan ‘Let’s Shelving’. Pelbagai hadiah menarik turut diberikan kepada pengunjung yang menyertai aktiviti. Mengikut rekod, seramai 112 orang pengunjung yang hadir. Sebanyak 31 buku dipamerkan dan 20 pinjaman buku berjaya dipinjam oleh pengunjung.
Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua.