Diskusi Perpaduan : Chit Chat Belia 2023 – “Mahasiswa : Pencetus Atau Pemutus”

Merbok, 04 Julai 2023 – Telah berlangsung program DISKUSI PERPADUAN : CHIT CHAT BELIA 2023 – “MAHASISWA : PENCETUS ATAU PEMUTUS” di Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah baru-baru ini. Program ini merupakan anjuran JPNIN Negeri Kedah dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara (SRN) UiTM Cawangan Kedah Sesi 2022/2023 dan Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman, penghayatan serta pengalaman rukun negara dalam diri mahasiswa di mana ia menjadi satu medium saluran ilmu mengenai perpaduan negara serta memupuk etika dan nilai mahasiswa sebagai masyarakat yang berintegriti tinggi. Selain itu juga, menerap nilai masyarakat Madani dalam memperkasakan identiti Nasional.

Program ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini turut bersiaran secara langsung di platform Youtube/Facebook rasmi JPNIN. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Roshima Binti Haji Said, Rektor UiTM Cawangan Kedah. Antara panel jemputan yang hadir dalam diskusi ini ialah Dr. Chaleeda (pensyarah), Dr. Jazimin (pensyarah) dan Mohamad Haziq (wakil pelajar). Sambutan dari peserta sangat menggalakkan dengan kehadiran sekitar 200 orang pelajar. Diharap program ini dapat mencapai objektif yang telah disasarkan dan mahasiswa dan mahasiswi memahami secara mendalam terhadap topik yang telah dibincangkan. Selain itu juga, kerjasama diantara JPNIN Negeri Kedah, Sekretariat Rukun Negara (SRN) UiTM Cawangan Kedah Sesi 2022/2023 dan Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sesi pendaftaran dari peserta.

Suasana sekitar program diskusi.

Sesi penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menjawab kuiz dari pihak penganjur.

Penyampaian cenderahati serta sijil kepada tetamu VIP dan ahli panel jemputan.

Penulis : Hamidah Binti Mohd, Pem. Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply