Tarikh: 10 November 2025, Isnin
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Platform: Bersemuka dan Dalam Talian – YouTube Rasmi Perpustakaan Cendekiawan
Rakaman boleh ditonton DI SINI.
Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE).
Penglibatan : 450 orang peserta bersemuka dan dalam talian.
Anjuran bersama Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (BPJI) & Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Penceramah: Ts. Dr. Nurulnadwan binti Aziz, Pensyarah Kanan, Koordinator Pusat Pengajian Siswazah (Kerja Kursus), UiTM Cawangan Terengganu

Pada 10 November 2025, Isnin yang lalu, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (BPJI) dan Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah menganjurkan program Research Canvas: Mapping Ideas to Publication bertempat di Sudut AZKA@Library Community Engagement, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun serta secara atas talian melalui platform Youtube Rasmi Perpustakaan Cendekiawan. Program ini telah dikendalikan olen penceramah jemputan yang tidak asing lagi di UiTMCT iaitu Ts. Dr. Nurulnadwan binti Aziz, Pensyarah Kanan, Koordinator Pusat Pengajian Siswazah (Kerja Kursus). Beliau juga merupakan mantan Ketua Research Management Unit, dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penyelidikan dan penerbitan.




Program Research Canvas: Mapping Ideas to Publication ini merupakan program kali ketiga seumpamanya yang dianjurkan secara kerjasama Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun bersama BPJI bagi membantu para penyelidik, pensyarah, dan pelajar pascasiswazah dalam memberi pendedahan berkaitan proses penyelidikan secara menyeluruh bermula daripada peringkat mendapatkan idea hingga menerbitkan manuskrip ilmiah dalam bidang masing-masing. Dengan pengalaman yang ada pada penceramah jemputan, kupasan mengenai idea menerbitkan manuskrip ilmiah kelihatan sangat mudah dan berstruktur. Dalam dunia akademik yang semakin kompetitif, keupayaan untuk menstrukturkan idea penyelidikan dengan jelas dan menterjemahkannya kepada hasil penerbitan yang berkualiti amat penting. Justeru, melalui penganjuran program ini, kami sebagai pihak penganjur amat berharap semua peserta dapat manfaatkan sebaiknya pengisian yang disampaikan pada sesi ini.
Secara keseluruhannya, program yang diadakan selama dua jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 450 orang peserta dari seluruh UiTM melalui rekod tontotan dalam talian dan juga bersemuka. Rata-rata peserta telah memberi maklumbalas yang positif tentang pengisian yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan melalui borang maklumbalas yang diedarkan pada akhir program.
Semoga perkongsian ini dapat mencetuskan idea seterusnya merancakkan lagi penulisan dan penerbitan warga UiTM.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.