Kunjungan Hormat Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam ke Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang
Tarikh: 7 Oktober 2025 (Selasa)
Lokasi: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
Perpustakaan Al-Bukhari amat berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Jabatan Perpustakaan, UiTM Shah Alam bagi sesi perbincangan berkaitan pengurusan perkhidmatan perpustakaan dan pengurusan arkib.
Kunjungan ini disertai oleh:
Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim@Abu Kassim
Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan
Encik Ahmad Amiri bin Mohamad
Pengarah Bahagian Arkib Universiti
Encik Ahamad Zuber bin Mohamed
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan
Encik Khairulhilmi bin Abdullah
Ketua Seksyen Fasiliti- WAKIL kepada Muhamad Farhan Adnan- Penolong Jurutera, Seksyen Fasiliti
Cik Nurul Hafiza binti Busra
Ketua Unit Sumber Manusia
Sesi perbincangan ini membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkukuh tadbir urus perkhidmatan perpustakaan serta pengurusan arkib di UiTM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke Perpustakaan Al-Bukhari.
Semoga jalinan kerjasama ini terus kukuh demi kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan UiTM di seluruh negara.












Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan