Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang
29 Oktober 2025 (Rabu)
9.30 pagi – 11.00 pagi
Perpustakaan Al-Bukhari dengan kolaborasi Bahagian Jaringan Industri dan Alumni (ICAN) UiTM Cawangan Pahang pada hari ini menerima kunjungan istimewa daripada murid SK Merapoh, Kuala Lipis dalam program yang menggabungkan dunia ilmu dan nilai kemanusiaan.
Seramai 55 orang peserta telah hadir menyertai program ini yang terdiri daripada 26 orang murid prasekolah, 29 orang murid Tahun 6 dan diiringi oleh 24 orang ibu bapa, serta 8 orang guru pengiring. Kesemua peserta telah mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung.
Program ini menekankan ilmu keinsanian melalui aktiviti bertemakan Palestin yang membantu murid memahami nilai kemanusiaan dan empati. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kreativiti, tetapi juga menanam semangat keprihatinan dan solidariti sejagat, selaras dengan matlamat โDari Ilmu ke Keinsanian.โ
Melalui pelbagai aktiviti eksplorasi dan pembelajaran interaktif, murid-murid berpeluang meneroka dunia perpustakaan dengan cara yang menyeronokkan sambil memupuk nilai ingin tahu, kerjasama dan kasih terhadap ilmu.
Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari, SDG 4: Quality Education dan SDG 17: Partnerships for the Goals, program ini memperkukuh hubungan antara universiti, sekolah, dan komuniti dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak.









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan